so CALLED..MALBORO!!!
Industri rokok merupakan antara industri paling maju malahan jenama rokok yang diperdagangkan begitu banyak. Masyarakat secara tidak langsung menjadi mangsa industri ini sejak sekian lama hatta ada yang sanggup menjadi ‘hamba’ kepada perkembangan industri rokok ini.
Punca lahirnya masalah rokok ini tidak lain adalah daripada pengaruh rakan sebaya. Tidak dapat disangkal juga indusri ini telah memperdagangkan rokok kepada wanita dengan mengeluarkan kenyataan bahawa rokok mampu untuk melangsingkan badan dan juga bagi lelaki industri ini mengeluarkan propaganda dalam iklan-iklan bahawa merokok di kalangan lelaki menampakkan lelaki itu gagah dan berstail serta menawan apabila dipandang wanita…KATANYA…
—–> Apa yang penting ’si polan’ juga terjebak dengan bahayanya merokok…hinggalah ’sipolan’ sering batuk dan sakit dada…keh..keh..keh..saJa cari bala katanya…Bukannya apa kadang-kadang rokok nie boleh memberi ketenangan dikala dibebani dengan pelbagai perkara yang menyesakkan kepala. Pendek kata MALBORO adalah sahabat ketika susah dan senang walaupun terpaksa dibayar dengan WANG RINGGIT!!!!Phewwwww…

March 26, 2008 at 5:01 am
harus lepas nie mak tulis “so called DUNHILL” you allsss…
hihihi…
errr..mak macam tau jer saper sipolam itew..