Archive for March, 2008

Kisah Nabi MUSA a.s-Terbelahnya Laut Merah

Posted in Uncategorized on March 10, 2008 by afrafardillah

Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan (QS 2:50).

Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, Kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)” (QS 10:90).

Dan Sesungguhnya telah kami wahyukan kepada Musa: “Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu[933], kamu tak usah kuathir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)”(QS 20:77).

Maka Fir’aun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka. (QS 20:78)Lalu kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar. (QS 26:63)

Sungguh dahsyat bukan? Allah Maha Besar…

laLAlaLala..hari-hari KERJA!!!

Posted in Uncategorized on March 9, 2008 by afrafardillah

FuiyoOo…malasnya nak kerja..syok pulak duduk rumah untuk empat hari nie..setelah diarahkan untuk meletakan jawatan (notis 24 hours) sebagai wartawan (walaupun sebenarnya aku letak sebulan NOTIS) kerana aku diandaikan telah mendapat offer dari mana-mana COMPETITOR yang lain (padahal tak dapat mana-mana pun…cuma aku dah tak boleh bla keja kat situ).

Lantaklah…aku malas mau layan. Anyway, esok kenalah pergi mana-mana hantar resume, tak kisahlah keja sebagai apa pun, tapi yang penting aku usaha untuk mendapatkan kerja bagi menampung kehidupan untuk masa akan datang.

Aku busan…(6,7,8 MARCH) demam PILIHANRAYA melanda, jadi aku tak berpeluang untuk jumpa kawan-kawan..aku korbankan masa tiga hari tolong mak aku sikit (memandangkan dia adalah CALON untuk pilihanraya kali ini), lagipun, aku hanya dapat bersama dengannya sewaktu hari penamaan calon. Sepanjang dua minggu tempoh berkempen aku tidak dapat membantu mak aku (sebenarnya aku nie tak minat POLITIK tapi masih memberi sokongan yang padu pada beliau) kerna diri aku ni masih lagi dilanda TSUNAMI gara-gara mempunyai masalah dengan tempat aku bekerja.Macam HARAM JADAH…

Citer sikit pasal ELECTION..Anyway, mama kalah lawan ngan PKR..Melalui apa yang aku tengok, dia tidak mendapat undi penuh dari penduduk Cina dan India. Bagaimanapun, ada juga segelintir masyarakat MELAYU (BN) yang dah menyampah ngan parti BN tu sendiri, jadi apa yang terkandung dalam pemikiran mereka adalah lebih baik bagi undi kat PEMBANGKANG.

Aku tengok mak aku kecewa tidak menang dan tidak pernah dalam sejarah kawasan yang penuh dengan Melayu nie diambil oleh mana-mana parti pembangkang. Keadaan menjadi sedikit tegang apabila dia mendapat tahu kawan2nya yang bertanding dan orang lama disekitar PJS, PJU, SERI SETIA, Lembah Pantai dan kawasan-kawasan lain turut kecundang.

Awalnya mak aku cuba untuk tidak emosi, cuma ketika dia dipanggil MB Selangor pada jam 2 pagi dan menyatakan kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih oleh PKR masa tulah dia berasa sangat kecewa dan sedih. Pasnie kita lihatlah pembangunan di Negeri Selangor…Semua PNSB,LZS, MUFTI, JAIS, KEMAS, dan macam2 lagi akan jatuh ketangan PKR, dari pengarah hinggalah ke kerani semua akan ditukar (walaupun bukan semua)..macam apa yang jadi di Terengganu pada tahun 1999 sewaktu pas menang..Hihihihi…

Anyway, kita lihatlah selangor untuk empat tahun akan datang…CHAIYOK PKR..bangunkan Negeri Selangor, turunkan harga barang, turunkan harga minyak dan beri pendidikan, kesihatan percuma…aku pun nak jugak…. (dah..dah sambung cita pasal KERJA)…

Dengan masalah nak berhenti kerja, dengan assignment yang PENDING (sekarang pun tak type story lagi dan aku diarahkan untuk submit story tu so that gaji aku untuk bulan March neyy jalan ya) jadi takdalah April nie aku tersangkak takda belanja.

Bukan tu sahaja, aku pun dilanda konflik Percintaan dan sukar untuk membuat pemilihan..last2 aku sapu bersih…mampus tak layan..

By the way…aku hanya mampu berdoa agar diberikan pekerjaan. Bukan apa susah nanti nak menanggung kehidupan, lagipun aku tak bergantung sangat pada mak ayah aku, cuma kalau tersangkak tu minta lah jugak sikit2…Tapi betul jugak cakap sesetengah orang kalau guna KABEL BALAK sekalipun..kerja kalau macam HANJING tadak guna juga ma…

 ~smile~

Lips Of An Angel…

Posted in Uncategorized on March 4, 2008 by afrafardillah

Honey why you calling me so late?
It’s kinda hard to talk right now.
Honey why are you crying? Is everything okay?
I gotta whisper ’cause I can’t be too loud

Well, my girl’s in the next room
Sometimes I wish she was you
I guess we never really moved on
It’s really good to hear your voice say my name
It sounds so sweet
Coming from the lips of an angel
Hearing those words it makes me weak

And I never wanna say goodbye
But girl you make it hard to be faithful
With the lips of an angel

It’s funny that you’re calling me tonight
And, yes, I’ve dreamt of you too
And does he know you’re talking to me
Will it start a fight
No I don’t think she has a clue

Well my girl’s in the next room
Sometimes I wish she was you
I guess we never really moved on
It’s really good to hear your voice say my name
It sounds so sweet
Coming from the lips of an angel
Hearing those words it makes me weak

And I never wanna say goodbye
But girl you make it hard to be faithful
With the lips of an angel

It’s really good to hear your voice say my name
It sounds so sweet
Coming from the lips of an angel
Hearing those words it makes me weak

And I never wanna say goodbye
But girl you make it hard to be faithful
With the lips of an angel

And I never wanna say goodbye
But girl you make it hard to be faithful
With the lips of an angel

Honey why you calling me so late?

WARISAN…

Posted in Uncategorized on March 4, 2008 by afrafardillah

bn.gif

 

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini…

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki…

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini…

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan…

 

FUCK OFF STORYTELLER!!!!

Posted in Uncategorized on March 4, 2008 by afrafardillah

Memang lumrah mulut manusia tidak bisa ditutup, barangkali kalau nak tutup pun time aku bagi PENYEPAK sekali..Ntahlah, selagi ada bulan dan bintang, selagi manusia ciptaan Allah S.W.T wujud dimuka bumi ini selagi itulah perasaan tidak puas hati, cemburu dan pelbagai lagi wujud dalam diri seseorang itu.

Manusia, memang tak pernah ada rasa puas…keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru akan sentiasa bergelodak dalam diri walaupun hakikatnya dia tahu ia boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.

Bagaimanapun, lately nie aku sering dilanda perasaan yang kurang senang dalam erti kata lain GELISAH. Aku pun tak tahu kenapa.Tambah-tambah lagi bila ZB dah resign, Syahril A.Kadir dah resign….ahhh lagilah aku takda MOOD nak keja..(mungkin aku ja kot yang ada perasaan cenggitu).

Pada aku kerjaya sebagai seorang wartawan memang lah sangat best. Perghhh nak2 pulak puak-puak yang buat BONGKAR macam aku nie kan..Masuk keja lewat..bleh relax2…Tapi bila nak mengejar dateline agak tersangkak jugek lah…But, semua tu banyak mengajar aku menjadi seorang yang sangat matang dalam apa juga yang aku lakukan.

Pelbagai jenis manusia aku jumpa…Dari Angkasawan Negara  (g Putrajaya ngan Donna) sampai lah ke penghuni-penghuni lorong-lorong gelap di Kuala Lumpur.Memang besh lah..Ya lah..aku ni tak cover story COURT, POLITICS, CRIME n wut NOt….OPPPSsss…tak reti lah nak kol TBP,YB atau seangkatan dengannya…sebab sangat busan…

Tapi, semua tu hanya tinggal kenangan sahaja..Aku mengharapkan hari ini lebih baik daripada semalam…Well..i’m no longer story teller…tapi jauh disudut hati ‘keperempuanan’ ku ini..aku masih lagi dibaluti kesedihaN…

CHARGONE…..

so CALLED..MALBORO!!!

Posted in Uncategorized on March 4, 2008 by afrafardillah

459042915_540d90db5f1.jpg

Industri rokok merupakan antara industri paling maju malahan jenama rokok yang diperdagangkan begitu banyak. Masyarakat secara tidak langsung menjadi mangsa industri ini sejak sekian lama hatta ada yang sanggup menjadi ‘hamba’ kepada perkembangan industri rokok ini.

Punca lahirnya masalah rokok ini tidak lain adalah daripada pengaruh rakan sebaya. Tidak dapat disangkal juga indusri ini telah memperdagangkan rokok kepada wanita dengan mengeluarkan kenyataan bahawa rokok mampu untuk melangsingkan badan dan juga bagi lelaki industri ini mengeluarkan propaganda dalam iklan-iklan bahawa merokok di kalangan lelaki menampakkan lelaki itu gagah dan berstail serta menawan apabila dipandang wanita…KATANYA…

—–> Apa yang penting ’si polan’  juga terjebak dengan bahayanya merokok…hinggalah ’sipolan’ sering batuk dan sakit dada…keh..keh..keh..saJa cari bala katanya…Bukannya apa kadang-kadang rokok nie boleh memberi ketenangan dikala dibebani dengan pelbagai perkara yang menyesakkan kepala. Pendek kata MALBORO adalah sahabat ketika susah dan senang walaupun terpaksa dibayar dengan WANG RINGGIT!!!!Phewwwww…

Finally…

Posted in Uncategorized on March 3, 2008 by afrafardillah

cari-jalan-uol.jpg 

goddamN fucking deciSion…..aku dah TENDER surat resign bertarikh 3 march 2008..tak kisah lah, yang penting aku nekad nak berhenti daripada Sinar Harian.

Memang lah sedey, tapi nak buat camana…yang penting mak masih belum ada keja OK…menganggur…(ops belum lagik) start 1 april baru menganggur…keh..keh..keh..

For wuteva reason..LIFE MUST GOES ON…rezeki mana2 pun ada ma…

WANITA tadbir NEGARA selaras zaman RASULULLAH S.A.W

Posted in Uncategorized on March 3, 2008 by afrafardillah

Sejauh mana islam membenarkan wanita terbabit dalam sosiopolitik masyarakat dan negara? Sebenarnya, menjadi hukum yang jelas bahawa ulama mengharuskan pembabitan wanita dalam soal pentadbiran, pengurusan dan sebahagian kepimpinan negara.

Contoh nyata daripada sirah Rasulullah S.A.W dan sahabat menjadi dalil kepada keharusan pembabitan wanita dalam pentadbiran masyarakat dan negara. Kaum wanita dan zaman Rasulullah turut menyumbangkan saranan mengenai isu dan politik negara.

  • Ummu Salamah, misalnya pernah mencadangkan jalan keluar kepada Baginda dalam peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya. (Bukhari, Kitab: Syarat, bab: Syarat-syarat dalam berjihad dan berdamai dengan musuh perang , jilid 6, muka 257, 269 dan 276).
  • Begitu juga cadangan Ummu Sulaim kepada Rasulullah ketika perang Hunain mengenai orang yang cuba lari daripada medan perang. (Muslim, Kitab: Jihad, Bab: Kaum wanita berperang bersama kaum lelaki, jilid 5, muka 196).
  • Dalam suasana kegawatan politik umat Islam selepas pembunuhan Saidina Uthman, kita dapati Saidatina Aishah turut membabitkan diri dengan pendapat dan tuntutan bersama sahabat lain, supaya membunuh Uthman dihukum qisas.
  • Demikian juga ketegasan, keberanian dan ketajaman lidah Asma’ binti Abu Bakar ketika berhadapan dengan penguasa zalim Al-Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi selepas mereka membunuh dan mensalibkan anaknya Abdullah bin Zubair. (Muslim, Kitab: Keutamaan-keutamaan, Bab:Kebohongan suku Thaqif dan kecurangannya, jilid 7, muka 190).

Menurut Dr. Yusuf Qradhawi ketika menghuraikan ayat 34, surah an-Nisa’, menjelaskan bahawa pemilihan beberapa wakil rakyat wanita ke dalam parlimen hanya bersifat minoriti dan majoriti mutlak masih ditangan lelaki. Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa pemilihan wanita ke Parlimen akan menjadikan mereka pemimpin lelaki.

Beliau juga menambah, ayat itu mengenai kepimpinan lelaki ke atas wanita lebih cenderung kepada pemasalahan kehidupan dalam keluarga. Ertinya kaum lelaki adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab penuh terhadap keluarganya.

Ungkapan ‘dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian harta mereka’ menunjukkan bahawa kepimpinan yang dimaksudkan adalah terhadap keluarga. Adapun kepimpinan sebahagian wanita ke atas sebahagian lelaki diluar lingkungan keluarga tidak ada nas melarangnya. Apapun yang dilarang adalah kepimpinan umum seorang wanita ke atas lelaki (pemimpin umat).

Ulama juga sepakat bahawa ada beberapa hal dalam masalah membuat hukum berkaitan wanita dan keluarga serta pelbagai hubungannya perlu ditangani oleh wanita. Tidak dapat tidak dan barangkali dalam beberapa hal, pandangan kaum wanita lebih tajam daripada lelaki. Dr. Yusuf Qradhawi memberi contoh ketika pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab, beliau mengambil pendapat wanita dalam beberapa perkara seperti tidak perlunya menetapkan bayaran maksimum mas kahwin dan tempoh seorang wanita boleh bersabar sewaktu ketiadaan sumai ketika keluar berperang.

Apapun perlu diingatkan di sini bukanlah apabila wanita dibenarkan mentadbir masyarakat dan negara, mereka boleh bercampur dengan lelaki ajnabi tanpa syarat atau batas kegiatannya sampai merugikan suami, rumah tangga dan anak-anak.

Begitu juga pembabitannya menyebabkan norma Islam berkaitan pakaian, gerak geri dan pembicaraan diketepikan.

Sebaliknya semuanya hendaklah dijaga dan diperhatikan sepenuhnya tanpa kecuali.

Annuur Najihah…

Posted in Uncategorized on March 2, 2008 by afrafardillah

0203200839371.jpg

Annuur Najihah…hari ni genap 3 bulan..sangat comel..dia dah pandai gelak…nak beborak dia bebel sensorang jerlah.aku sayang kat dia walaupun pada hakikatnya aku ni tak suka dengaN budak-budak sangat…(cepat ja aku nak hamun bila dia buat perangai)..camana lah agaknya besok kalau ada anak sendiri erh???aduiH…

Kadang2 tu bengang bila tengok dia ‘melalak’ sampai naik lebam2 muka…nak2 pulak bila aku balik keja penat..dia nangis2..tapi lama kelamaan aku kena terima hakikat kat umah aku nie, setelah 12 tahun sunyi tanpa tangisan si kecil diserikan dengan lahirnya budak comel ini yang membawa tuah kepada keluarga…

Tapi lately nie, mama dia sibuk kempen..sian dia ditinggal2kan…(anak UMNO nie)…i love u my dear NAJIHAH….

apabila manusia diHANJINGkan oleh manusia sendiri…

Posted in Uncategorized on March 1, 2008 by afrafardillah

Lagi cerita yang menusuk kalbu..

Semalam aku jumpa x-bos aku (abg syahril)….kami lepak di HAKIM..as usual..Kami berbual panjang.Kami tidak segan untuk berbicara topik apa sekalipun (sendiri MAHU ingatlah)…tengah berborak terkeluar cerita yang sangat membuatkan aku teruja untuk mendengarnya walaupun ini masuk kali ke DUA…

Melalui pemerhatianku, memanglah dia seorang bos yang sangat prihatin terhadap anak-anak buahnya…cuma kadang2, manusia nie tak reti langsung nak menghargai tunjuk ajar yang diberikan.

 ’DAH ADA YANG BARU YANG LAMA DILUPAKAN’..(macam tu lah lebih kurang…aku nie tak reti nak bermadah pujangga)

Pada mereka, bila dah naik satu TAKUK..kira dah cukup hebat…Apalah sangat jadi ‘REPORTER’ baru 7-8 bulan berbanding ‘bos’ yang dah hampir sepuluh tahun melibatkan diri dalam dunia kewartawanan nie.

Tapi aku tahu bos aku sangat kesal dengan tindakan segelintir ‘puak-puak’ yang membuat keputusan melulu dan bermulut HANJING iteww…

 Mungkin pada diorang, SYAHRIL A.KADIR nie bukanlah sehebat mana…tapi diaorang kena ingat..menjadi seorang wartawan yang hebat bukan hanya bergantung kepada CONTACT sahaja…yang penting STORY MELETOPS…Gitewww..(ini SYAHRIL A.KADIR) yang cakap ngan aku…

Opsss….Jangan Marah…